rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Thursday, March 18, 2010

KEM PEMBANGUNAN MODAL INSAN...



pada 6 MAR 2010, saya telah mengikuti kem pembangunan modal insan di sungkai, perak.. kem ini diadakan bagi menyedarkan pelajar-pelajar bahawa modal insan dalam diri setiap individu adalah penting. Justeru,melalui kem ini saya telah mendapat pelbagai pengajaran dan keinsafan dalam diri saya.. setiap orang mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Kem ini juga telah memnyedarkan saya bahawa banyak lagi perkara yang harus saya pelajari bagi meningkatkan modal insan dalam diri ini... ketika berada di kem tersebut, peserta kem tersebut diberi satu lagu berkaitan orang muda...
"Tuhan ampunilah hambamu yang lemah, Kami orang muda banyak pancaroba, kami sering lupa malas beribadah, tak menghormati ibu bapa"....
Lagu ini menerangkan bahawa orang-orang muda pada masa kini ramai yang telah lalai dan ibadah yang seharusnya dilakukan tidak lagi diendahkan....
Kem ini juga mengajar saya dan semua peserta supaya bekerjasama dalam apa jua perkara yang dilakukan. antara aktiviti yang memerlukan kerjasama adalah ketika kami melakukan aktiviti jungle tracking..
Melalui kem tersebut saya ingin berkongsi dengan anda bahawa pentingnya kekuatan dan keimanan dalam diri kita bagi mengelak diri kita semua daripada keasyikkan keindahan di dunia...berdoa lah agar kita dijauhkan daripada melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah S.W.T...Amiinnnn

No comments:

Post a Comment